webmaster
klik di sini!

 
 3. Soalan :

     Atas hasrat untuk menyumbangkan sesuatu kepada laman ini,bersama-sama ini saya
     attachkan kisah ini semoga akan memberi kesedaran agar berwaspada kepada kita
     semua.Sikap peduli kita adalah gambaran kasih sayang kita kepada mereka!

     Unknown,Kuala Terengganu.


     Jawapan :

     Terima kasih.Kisah Anis Sabrina Dalam Kenangan ini menarik dan sewajarnya dikongsi
     bersama.Klik Di Sini 

 

 


2. Soalan :

    Saya merasakan laman ini satu medium yang baik masa kini untuk menyampaikan
    mesej kesihatan kepada masyarakat.Selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
    rakyat Malaysia celik IT.Diharapkan usaha positif ini akan berterusan dan komitmen
    yang berkekalan.
    Sebagai anggota masyarakat yang bidang tugasnya ada hubungkait dengan elemen
    kesihatan,saya menyokong sepenuhnya laman ini.

   
    Miza,Kuantan.

    Jawapan :
   
 


 

 
1. Soalan :

    Sedikit coretan kepada semua staf kesihatan Pendang.
    Aidil Fitri lalu saya balik untuk beraya bersama keluarga di Pendang.Semasa di pekan
    sehari Pekan Kilang Kecil saya melihat beberapa orang staf Jabatan Kesihatan sedang
    mengedar risalah berkaitan denggi.
    Pada pendapat saya itu adalah satu usaha yang baik untuk menyalurkan maklumat
    kesihatan terus kepada orang awam supaya sentiasa berwaspada.
    Teruskan usaha anda semua untuk memastikan Pendang sentiasa bebas denggi.

    Shahrizal,Kuala Lumpur.

    Jawapan :
     



Webmaster

Saya mewakili semua anggota Unit Penyakit Bawaan Vektor dan Pejabat
Kesihatan Daerah Pendang merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua individu dan organisasi yang telah memberikan kerja
sama membantu kami semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan.

Terima Kasih Daun Keladi!