PROGRAM BEBAS DENGGI KEMUDAHAN KESIHATAN

Memandangkan kejadian demam denggi masih merupakan masalah kesihatan di negara ini
dan terdapat juga kejadian denggi berlaku di kalangan mereka yang tinggal di kemudahan kesihatan terutama dikalangan kakitangan kemudahan kesihatan tersebut,Kementerian
Kesihatan telah menunjukkan keperihatinan yang serius berkaitan masalah ini dan telah mengujudkan satu pelan tindakan bagi mempastikan semua kemudahan kesihatan dan
kawasan sekitarnya pada jarak 200 meter bebas dari pembiakan Aedes.

Program Bebas Denggi Kemudahan Kesihatan telah diwujudkan pada tahun 1992 dengan beberapa pindaan strategi dari masa kesemasa untuk mencapai objektif tersebut.Diharapkan program ini
akan mencapai objektifnya dan seterusnya dapat membendung transmisi penyakit denggi
dikemudahan kesihatan dan akhirnya kejadian demam denggi tidak lagi menjadi satu masalah
kesihatan awam di negara ini.

Bagi Daerah Kesihatan Pendang,sebanyak 19 Pasukan Kajian Aedes (PKA)  telah dibentuk
yang akan bertanggungjawab menentukan keberkesanan program ini di kemudahan-kemudahan
kesihatan berkenaan.Setiap PKA terdiri dari 2 orang anggota kesihatan dan taburan penempatan
PKA tersebut adalah seperti berikut;
 

         Lokaliti

Bilangan PKA (Bil Anggota)

   

 

1. Pejabat Kesihatan Pendang

1(2)

2. Klinik Kesihatan Pendang

3(6)

3. Klinik Kesihatan Kubur Panjang 3(6)
4. Klinik Kesihatan Sungai Tiang 3(6)
5. Klinik Desa Gajah Mati 1(2)
6. Klinik Desa Charuk Kudong 1(2)
7. Klinik Desa Kampong Kedah 1(2)
8. Klinik Desa Bukit Jenun 1(2)
9. Klinik Desa Bukit Raya 1(2)
10. Klinik Desa Bukit Jambul 1(2)
11. Klinik Desa Tokai 1(2)
12. Klinik Desa Tanah Merah 1(2)
13. Klinik Desa Kobah 1(2)
14. Klinik Desa Kampong Rambai 1(2)
15. Klinik Desa Padang Pusing 1(2)
16. Klinik Desa Paya Mak Inson 1(2)
17. Klinik Desa Kampong Baru 1(2)
18. Klinik Desa Padang Durian 1(2)
19. Klinik Desa Paya Rawa

1(2)

20. Klinik Desa Tobiar

1(2)

21. Klinik Desa Pokok Asam

1(2)

 
Bidang tugas Pasukan Kajian Aedes ;
  • menjalankan kajian aedes sepenuhnya di kemudahan kesihatan yang berkenaan pada
    setiap minggu
  • menyedia dan menghantar retan mingguan (Borang PBDKK2)  kepada Pegawai Kesihatan
    Daerah Pendang di Pejabat Kesihatan Daerah Pendang pada setiap pagi hari Ahad.
  • menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada keluarga,kakitangan dan lain-lain
    jawatankuasa yang berkaitan dengan kawasan kemudahan kesihatan berkenaan

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Penyakit Bawaan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Pendang sebagai Penyelaras di daerah bagi aktiviti ini akan bertanggungjawab kepada Pegawai Kesihatan Daerah Pendang menghantar laporan bulanan (Borang PBDKK3) kepada Bahagian Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Kedah Darul Aman dan juga memantau
situasi dari masa ke semasa,merangka pelan tindakan dan mencadangkan nya kepada Pegawai Kesihatan Daerah berdasarkan kepada masalah yang timbul/perkembangan terkini yang berlaku.