Pada tahun 1967 telah bermula Rancangan Membasmi Malaria bagi
Daerah Langkawi dan Kubang Pasu.Tahun 1968 diperluaskan
pula ke daerah lain di Negeri Kedah.Tahun
1983 barulah diujudkan Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan
Vektor peringkat negeri.
Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan
Vektor merangkumi penyakit Demam Malaria, Demam Denggi
dan Filariasis.Pada tahun 1985 ianya
diperluaskan lagi bagi mengawal penyakit Hawar,Yellow Fever, Japanese
Encephalitis dan Tifus
(Scrub & Munine Typhus)
Di peringkat Daerah Pendang tanggungjawab barisan hadapan dalam melaksanakan semua aktiviti
bagi menjayakan rancangan tersebut di atas dipikul oleh Unit Penyakit Bawaan
Vektor Pejabat
Kesihatan Daerah Pendang.
Unit ini terletak di Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah
Pendang.Sama seperti
unit lain dengan pengkhususan bidang tugas tertentu,Unit ini memainkan peranan penting membendung kejadian
dan pemerebakkan
penyakit yang disebabkan oleh nyamuk
dari menjadi masalah kesihatan kepada
kira-kira 100
ribu orang
penduduk di Daerah Pendang.
Unit ini terdiri seramai 12 orang anggota
yang di
ketuai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
yang bertanggungjawab kepada
Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan dan Pegawai Kesihatan
Daerah Pendang di peringkat daerah dan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan
Penyakit
Bawaan Vektor) di peringkat Negeri Kedah.
|