UNIT PENYAKIT BAWAAN VEKTOR PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG |
||
Program Persekitaran Sihat Bebas Denggi Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan satu projek perintis yang dikenali sebagai `Communication for Behavioral Impact' (COMBI) dengan tujuan untuk mencegah dan mengawal demam denggi di negara ini. Projek yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini dijalankan buat pertama kalinya di Daerah Pendang.Kampong Bendang Raja dan Kampong China telah dipilih sebagai kawasan perintis. Sebagai satu projek komuniti,penyertaan masyarakat setempat adalah penting dimana perubahan sikap,tingkah laku dan sedar amal aspek-aspek kesihatan yang mengujudkan persekitaran sihat ke arah mengujud suatu kawasan yang bebas denggi. Matlamat program ini ialah Kampong
Bendang Raja dan Kampong China akan bebas dari penyakit demam
denggi.Keadaan ini adalah kerana alam sekitar yang bersih,tidak ada
punca-punca yang boleh membiakkan nyamuk aedes hasil dari aktiviti
yang dijalankan Perlancaran program ini di peringkat Kampong
Bendang Raja telah dilakukan oleh Yang Berhormat Puan Suraya Yaacob,Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Tiang |
||
|
|